SEE ME AT http://thenextvision696.blogspot.com
Rabu, 7 April 2010
Sabtu, 3 April 2010
Jaring-jaring Syaitan Bernama Ghuluw
Sesungguhnya syaitan menggunakan dua cara untuk menyesatkan umat Islam. Cara pertama digunakan untuk mengabui seorang Muslim yang bergelumang maksiat. Iaitu dengan menjadikan maksiat yang ia lakukan seakan-akan sesuatu yang indah. Sehingga ia tetap akan jauh dari ketaatan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Al-Jannah dikelilingi oleh segala hal yang tidak disukai, sementara An-Naar itu diliputi dengan syahwat.” (Riwayat Al-Bukhari no. 6487 dan Muslim no. 2822). Adapun cara kedua digunakan oleh syaitan untuk menyesatkan seorang Muslim yang gemar beribadah. Iaitu dengan mengajaknya berlaku ghuluw (melampaui batas) di dalam beribadah. Sehingga justeru agamanya akan rosak.
Oleh itu, Allah SWT melarang untuk bersikap ghuluw. (Muqaddimah Asy-Syaikh Al-Abbad, kitab Bi Ayyi ‘Aqlin wa Dinin) Al-Imam Makhlad bin Al-Husain rahimahullahu pernah berkata, “Tidaklah Allah SWT memerintahkan hamba-hamba-Nya untuk berbuat kebaikan melainkan Iblis akan menghadangnya dengan dua cara. Iblis tidak ambil peduli dengan cara apa dia akan menguasainya. Antara bersikap ghuluw di dalam amalan tersebut ataukah bersikap meringankannya.” (Siyar A’lam An-Nubala’, 9/236).
Mengulas perkara ini, bekas Timbalan Ketua Pengarah II Biro Pengaduan Awam JPM, Dato ’ Hj. Mohd. Nahrawi Hj. Hashim, menegaskan bahawa Islam amat menitikberatkan soal-soal akidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber asal al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias adalah ditolak. Beliau yang pernah bertugas sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) turut menjelaskan bahawa dalam urusan
Khamis, 1 April 2010
income aktif VS income pasif
Salam sejahtera ke atas rakan-rakan bloggers..pada entry kali ini saya ingin kongsikan apa itu income aktif dan income pasif..ramai antara kita bkerja makan gaji maupun bekerja sendiri tapi ramai yang tidak tahu jenis income ataupun pendapatan yang diperolehi..di entry ini saya ingin jelaskan mksud kedua-duanya..
Pendapatan Aktif: Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja.
(Lebih 90% orang kerja makan gaji!)
Pendapatan Pasif: Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa
henti! (Kurang 10% gunakan teknik ini!)
Rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak
wang yang dimiliki tetapi kebebasan yang mereka miliki.
Mereka bebas untuk:
- menonton wayang & 'menginternet' di Starbucks ;)
- sarapan pagi & baca harian metro diwarung!
- bersantai dipantai tanpa gangguan!
- shopping tanpa perlu beratur!
- melihat anak-anak membesar!
Oleh kerana hasil pendapatan mereka banyaknya daripada pasif,
mereka mempunyai lebih masa terluang untuk digunakan.
Jika anda melihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan
orang disekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya mana
seperti yang anda lihat. Doktor pakar dan
doktor gigi tidak mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka.
Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa
sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa
dengan setiap pesakit tersebut. Ianya aktif.
Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual. Kebanyakkan
daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak
kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji seperti
kebanyakkan daripada kita.
Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif? Jika anda bijak,
anda sudah mula untuk bertukar daripada aktif kepada pasif. Ini akan
memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka
ketika waktu yang anda mahukan.
Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca pendapatan pasif
setiap tahun!
* Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
* Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
* Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
* Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
* Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan
* Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan
* Pelakon yang mendapat bayaran royalti
* Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
* Pencipta software yang menerima royalti
* Pencipta permainan video mendapat royalti
* Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan
* Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah
“Berapa peratuskah dalam sehari masa yang saya luangkan untuk mencipta
pendapatan secara pasif?” Jika jawapan anda ialah tiada, anda mempunyai
masalah. Adalah lebih baik apabila anda bangun keesokkan harinya dan
mula sibukkan diri anda.
Nasihat saya jika anda kini bergantung sepenuhnya pada pendapatan
aktif, masanya sudah tiba untuk anda mencuba pendapatan pasif yang
saya senaraikan diatas tadi.
semoga ianya menjadi panduan kita bersama..
p/s: nuffnang.advertisers juga termasuk dlm kategori pasif income/pendapatan
Insyaallah...
Selasa, 30 Mac 2010
can be my 1st car...???
Khamis, 25 Mac 2010
permainan minda melalui gambar..
al kisahnya ASAL USUL ELEKTRIK

Salam hormat untuk anda semua,,td aku terbace al-kisahnya kt buku katun kluaran karangkrafg3..
So aku nk kOrg semua tau Le yg aku bace ape yg
Org melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan inggeris yang juga ELECTRIC.
Tetapi yang sebenarnya ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.
Ceritanya… Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidah pernah terfikir member nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup.
Jadi entah macam mana semasa lampu mula mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada sorg melayu yg bernama Kulup Kalimantang mati mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu.
Semasa demostrasi diadakan oleh Thomas di tanah melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.
“Ele..trick aje tue.Ele.. trick je..ele trick! Thomas Edison berfikir kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa ’ele..trick. jadi digunakan perkataan ‘ELE…TRICK’ yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan omputeh. Sebagai mengingati jasa kulup kalimantang menamakan KUASA ELECTRIC itu, maka diciptakanlah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang…
p/s : err..bole percaya ke..aku pon xtau..
Khamis, 18 Mac 2010
salawat to nabi Allah..muhammad
cara perlupusan ayat2 suci al-quran dgn btul...insyallah..
Salam semua. Artikel ini mungkin boleh membantu kita untuk memudahkan kita melupuskan helaian kertas atau noat-nota kita yang mengandungi ayat-ayat al-Quran yang telah lusuh dan koyak.
Oleh Hasliza Hassan / Berita Harian
Isnin, 15 Mac 2010
APE ITU MLM
Multi Level Marketing' (MLM) adalah salah satu strategi pemasaran yang digunakan secara meluas kini. Walaupun MLM berteraskan jualan langsung, tetapi sistem dan perjalanan antara MLM tertentu dengan yang lain adalah berbeza.
Justeru, hukum halal dan haram MLM tidak boleh diukur kepada namanya sahaja, tetapi ia mesti dilihat perjalanan MLM itu sendiri. Ini kerana, hukum sesuatu perkara berkait rapat dengan hakikatnya.
Untuk mengukur MLM dari perspektif Islam, kita perlu melihat beberapa sudut seperti hukum asal MLM, faktor yang mengharamkannya dan cara untuk keluar daripada unsur-unsur haram itu.

